ahmmmuzo's FotoPage

By: ahmmmuzo aizul

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Tuesday, 9-Jan-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark

 


Sunday, 11-Jun-2006 02:40 Email | Share | | Bookmark
Majlis Pertunangan (Aizulhisham & Noor Asmawati) - 11 Jun 2006

Tepak Sirih Pembuka Bicara
Dari Wah
Dari Pn. Hjh. Halimah Othman
View all 33 photos...
Alhamdulillah... Majlis pertunangan yang dirancang lebih kurang sebulan sebelum ni dah selamat dijalankan. Jam 9.30 pagi umah aku buat kenduri doa selamat sebelum berangkat ke umah pihak perempuan. Ada Ayah Lop & Mama, Ayah Njang & Mak Njang, Mak Teh, Wah & Ayah Wah, Faizul & Nur Shahida & baby Najihah.

Utk. menjunjung adat, lebih kurang jam 11.20 pagi, 11 Jun, Ahad, rombongan dari pihak lelaki tiba ke rumah pihak perempuan. Kedatangan disambut meriah dengan dimulakan oleh kaum makcik2 yang menjemput kami semua masuk (termasuklah aku sekali, slumber je). Ayah Lop aku jd Jurucakap bagi pihak lelaki dan bagi pihak perempuan Jurucakapnya adalah Ayah We & Tok Chu. Lebih kurang 15 minit je dah selesai dan persetujuan dicapai (same mcm yg aku ngan Ayah We dah bincangkan awal2-hantaran, cengkeram, tempoh, tarikh nikah). Hantaran aku sebanyak 17 berbalas 27 dari pihak perempuan!!! nak buat camane? sedare mare die ramai yg bagi hadiah buat hantaran last minit. terima je la. besok kene la aku gi membalas balik dulang yg lebih tu.

Lepas makan baru la nampak muke kengkawan lelaki. Ade plak kat sini, ajak dtg kenduri doa selamat kat umah aku takde plak. musykil btul la aku. Selesai majlis kat umah pihak perempuan lebih kurang jam 12.45 tgh., kami sampai umah pukul 1.00 tepat. Masing2 dah keletihan (dan kekenyangan, ha ha) semua sampai je terus tersandar kat dinding. Untuk membalas jasa, aku bukak kek yang kami dapat sampai tujuh (7) kotak dari pihak perempuan dan jamu sedare mare yang dah bertungkus lumus memakmurkan dan menolong urusan bertunang aku ni walaupun ade yang datang dari jauh (jasa kalian dikenang).


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net